Sunday, May 29, 2011

BUKU

Baru habis baca satu buku tulisan seorang ulama yang juga seorang pemimpin sebuah parti pembangkang.pada mulanya saya agak berkira-kira juga semasa nak beli buku tu.tapi,saya fikir mungkin tulisan beliau dalam buku ni takde politik sebab mengikut tajuk,buku tu mengisahkan tentang hari akhirat.lalu,terbelilah saya buku tu dengan harapan saya akan didedahkan tentang ilmu2 tentang hari akhirat...

permulaan membacanya ok..sehinggalah tiba ke bab2 yang belum pun sampai ke tengah buku saya dah mula berasa sedikit kecewa.semakin lama semakin diselitkan dengan fahaman politik beliau!!! kekecewaan saya bertambah apabila dalam tulisannya disebut juga nama parti pemerintah yang boleh dikatakan musuh tradisi partinya.

saya bukanlah penyokong mana2 parti.politik adalah isu yang saya rasa seumur hidup ni tak pernah teringin nak ambik tahu!! saya cuba berfikiran positif semasa nak beli buku tersebut.cuba mengenepikan sentimen politik sebab buku tu dikategorikan sebagai buku agama.malangnya,terselit juga fahaman politik beliau di situ.saya bukanlah bijak pandai dalam hal2 agama.saya cuba belajar menerusi pembacaan dan juga menerusi kuliah2 walaupun menerusi tv.dengan harapan,orang2 bijak agama ini dapat membekalkan saya sedikit ilmu.namun,saya berterima kasih jugalah kepada beliau kerana ada juga ilmu2 yang bole saya guna dari tulisan beliau.cuma,rasa kecewa itu masih melekat walaupun hanya sekilas pandang saya terpandang buku tu.....

Monday, May 16, 2011

LAMA

lama betul xdapat update blog.banyak benda2 yg nak kena settle.ALHAMDULILLAH,settle jugak la walaupun banyak halangan.buat masa ni,anak2 semua tgh xsihat.yg demam,yg batuk,yg selsema..PAKEJ!!! bila dh dikelilingi dgn virus2 tak banyak sikit pun dapat tempias!! yg bestnya,bila diri sendiri yg tak sihat,tak bole makan ubat ikut time doctor bagi.saya makan ubat bila nak tido je..kalau makan 3x sehari jawabnya memang tido la!!! dah cakap kat doctor taknak ubat yg mengantuk,tapi,mengantuk jugak!!! ambil masa nak sihat betul2!! sekarang ni,saya dah start bagi anak2 supplement,Scott Emulsion.mintak2 lepas ni kurang la penyakit2 berjangkit,mudah-mudahan dipermudahkan-Nya,ameen...