Sunday, May 29, 2011

BUKU

Baru habis baca satu buku tulisan seorang ulama yang juga seorang pemimpin sebuah parti pembangkang.pada mulanya saya agak berkira-kira juga semasa nak beli buku tu.tapi,saya fikir mungkin tulisan beliau dalam buku ni takde politik sebab mengikut tajuk,buku tu mengisahkan tentang hari akhirat.lalu,terbelilah saya buku tu dengan harapan saya akan didedahkan tentang ilmu2 tentang hari akhirat...

permulaan membacanya ok..sehinggalah tiba ke bab2 yang belum pun sampai ke tengah buku saya dah mula berasa sedikit kecewa.semakin lama semakin diselitkan dengan fahaman politik beliau!!! kekecewaan saya bertambah apabila dalam tulisannya disebut juga nama parti pemerintah yang boleh dikatakan musuh tradisi partinya.

saya bukanlah penyokong mana2 parti.politik adalah isu yang saya rasa seumur hidup ni tak pernah teringin nak ambik tahu!! saya cuba berfikiran positif semasa nak beli buku tersebut.cuba mengenepikan sentimen politik sebab buku tu dikategorikan sebagai buku agama.malangnya,terselit juga fahaman politik beliau di situ.saya bukanlah bijak pandai dalam hal2 agama.saya cuba belajar menerusi pembacaan dan juga menerusi kuliah2 walaupun menerusi tv.dengan harapan,orang2 bijak agama ini dapat membekalkan saya sedikit ilmu.namun,saya berterima kasih jugalah kepada beliau kerana ada juga ilmu2 yang bole saya guna dari tulisan beliau.cuma,rasa kecewa itu masih melekat walaupun hanya sekilas pandang saya terpandang buku tu.....

Monday, May 16, 2011

LAMA

lama betul xdapat update blog.banyak benda2 yg nak kena settle.ALHAMDULILLAH,settle jugak la walaupun banyak halangan.buat masa ni,anak2 semua tgh xsihat.yg demam,yg batuk,yg selsema..PAKEJ!!! bila dh dikelilingi dgn virus2 tak banyak sikit pun dapat tempias!! yg bestnya,bila diri sendiri yg tak sihat,tak bole makan ubat ikut time doctor bagi.saya makan ubat bila nak tido je..kalau makan 3x sehari jawabnya memang tido la!!! dah cakap kat doctor taknak ubat yg mengantuk,tapi,mengantuk jugak!!! ambil masa nak sihat betul2!! sekarang ni,saya dah start bagi anak2 supplement,Scott Emulsion.mintak2 lepas ni kurang la penyakit2 berjangkit,mudah-mudahan dipermudahkan-Nya,ameen...

Friday, April 15, 2011

BEKAL

Di saat semua sedang enak dibuai lena,saya masih lagi di sini...tiba2 hati seperti diruntun oleh satu perasaan yang saya tak mampu gambarkan dengan kata2.selepas Isya' tadi terlintas jauh di sudut hati,tertanya pada diri sendiri....bekal apakah hari ini yang saya dah siapkan untuk hari esok?

dan termangu sendiri...selama 20 tahun (setelah ditolak dengan umur baligh) di bumi Allah ini hampir tidak ada yang mampu saya banggakan dengan diri sendiri.apatah lagi untuk menghitung bekal saya? sekali imbas,kosong....namun,apabila terpandangkan 4 permata hati,hati saya sedikit tenang.ternyata pada saya,amanah Allah ini cukup berharga.dengan adanya permata2 ini,saya punyai alasan yang kukuh untuk sentiasa memperbaiki diri.

saya tidak akan mampu untuk menilai diri sendiri.namun,janji saya pada diri untuk jadi yang terbaik selagi redha Allah itu dengan saya..syukran ya Allah,dengan sedikit peringatan dari-Mu tadi.jika tidak diingatkan tadi,sudah tentu saya masih lagi leka.saya percaya ya Allah,ini rahmat dan rahim-Mu...


Thursday, April 14, 2011

THANKS IERA!!

Thank you so much Iera!!! Jasamu dikenang!! Iera satu-satunya sahabat yang ada blog sendiri.dengan dia banyak jugak la benda baru yang saya belajar.maklumlah,housewife..kat rumah je,bole dikatakan saya agak ketinggalan bab2 IT nih!! ini pun banyak lagi tak tahu dan saya nak kena kacau Iera lagi!! Terima kasih Iera,lagi sekali sebab sudi berkongsi ilmu.selagi saya memanfaatkan ilmu ini ke jalan yang diredhai-Nya,selagi itulah kebaikan mengiringi Iera,ameen!!

p/s:Iera is my 1st follower!!

Saturday, April 9, 2011

SALAM

SYUKUR!! cabaran betul nak menyiapkan blog. masalah utama dengan coverage.teruk betul!! kalau nak laju kena pegi Kuantan.tapi,tu la...takkan nak mengadap laptop je,anak2 nak kena tengok jugak.anyway,buat masa ni..okay la kut kan!

bukan setakat tu saja.setiap kali nak mengadap laptop,kena pastikan semua kerja dah settle,anak2 dah terurus.bukan senang jadi housewife.kena bijak urus masa.kalau tak,takde masa untuk diri sendiri.saya sendiri ambil masa bertahun nak adjust.pengalaman saya sendiri,pengurusan masa berubah mengikut keperluan anak2.waktu masih bayi,keperluan mereka berbeza.begitu juga bila memasuki alam persekolahan.buat masa sekarang,masa lapang saya ialah apabila anak2 tidur.kadang2 waktu nap anak2, saya pun join sekali!! heheheh!! pendek kata,jadi housewife kena pandai curi masa!!

harapan saya,pengalaman yang saya lalui sehari2 dapat dijadikan panduan mahupun tauladan.niat yang ikhlas,bukan untuk takbur.semoga nawaitu saya tidak terpesong dari landasan.renung-renungkan...