Saturday, April 9, 2011

SALAM

SYUKUR!! cabaran betul nak menyiapkan blog. masalah utama dengan coverage.teruk betul!! kalau nak laju kena pegi Kuantan.tapi,tu la...takkan nak mengadap laptop je,anak2 nak kena tengok jugak.anyway,buat masa ni..okay la kut kan!

bukan setakat tu saja.setiap kali nak mengadap laptop,kena pastikan semua kerja dah settle,anak2 dah terurus.bukan senang jadi housewife.kena bijak urus masa.kalau tak,takde masa untuk diri sendiri.saya sendiri ambil masa bertahun nak adjust.pengalaman saya sendiri,pengurusan masa berubah mengikut keperluan anak2.waktu masih bayi,keperluan mereka berbeza.begitu juga bila memasuki alam persekolahan.buat masa sekarang,masa lapang saya ialah apabila anak2 tidur.kadang2 waktu nap anak2, saya pun join sekali!! heheheh!! pendek kata,jadi housewife kena pandai curi masa!!

harapan saya,pengalaman yang saya lalui sehari2 dapat dijadikan panduan mahupun tauladan.niat yang ikhlas,bukan untuk takbur.semoga nawaitu saya tidak terpesong dari landasan.renung-renungkan...

No comments:

Post a Comment